12.9.2023

Sejarah Buah Zaitun - Betul ke dari Greece?

Dalam perkongsian kali ini, kami berasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai sejarah buah zaitun.

Buah zaitun liar berasal dari Asia Minor atau Asia Kecil sekitar 6,000 tahun dahulu. Hari ini, kawasan ini majoritinya adalah kawasan Turki.

Mengikut sejarah buah zaitun, minyak zaitun khususnya digunakan dalam banyak perkara termasuk:

  • Ritual keagamaan
  • Perubatan
  • Minyak di dalam lampu
  • Pembuatan sabun
  • Penjagaan kulit

Mengikut Reviews in Environmental and Biotechnology, pokok zaitun moden dikatakan berasal dari Persia dan Mesopotamia.

Ia kemudian bertambah menghala ke Syria dan Israel di mana ia ditanam sebelum diperkenalkan ke kawasan Afrika Utara.

Ada juga yang berpendapat bahawa penanaman buah zaitun secara besar-besaran berasal dari Mesir Purba.

Hal ini kerana ia telah ditemui di dalam makam Mesir sekitar 2000 tahun Sebelum Masihi (SM).

Sejarah Buah Zaitun di Greece

Minyak zaitun sebenarnya sangat sinonim dengan Greek Diet. Ia bermula dari Tamadun Mycenaean (1,600-1,150 SM) dimana pengeluaran minyak zaitun menjadi sumber ekonomi terpenting masyarakat pada masa ini.

Pada abad ke-6 SM pula, Solon yang merupakan penggubal undang-undang Athens yang sangat mahsyur telah menggubal undang-undang pertama untuk melindungi pokok zaitun.

Undang-undang tersebut adalah untuk melindungi pokok zaitun daripada pembalakan yang tidak terkawal.

Hal ini kerana pokok zaitun merupakan simbol tamadun mereka dan minyak zaitun digunakan dalam banyak perkara dalam kehidupan seharian.

Sebenarnya, antara abad ke-7 dan ke-3 SM, ramai pakar perubatan purba telah mengklasifikasikan data-data dan maklumat penting mengenai sifat minyak zaitun yang sangat baik untuk kesihatan.

Namun, maklumat ini seakan-akan hilang ditelan zaman sehinggalah saintis moden melakukan kajian dan menemui bukti baru.

Penemuan ini telah mengukuhkan lagi fakta keberkesanan Greek Diet. 

Pada zaman Byzantine pula, pengeluaran minyak zaitun adalah sangat penting disebabkan oleh keluasan wilayah empayar mereka yang sangat besar.

Bayangkan pada waktu tersebut, mereka ini memegang lebih separuh daripada pengeluaran minyak zaitun di dunia.

Pengeluaran Minyak Zaitun di Greece

Sebagai rekod, penanaman pokok zaitun di Greece adalah 87.21% daripada kesemua jenis tanaman pokok yang ada di sana.

Hal ini menjadikan Greece sebagai negara ketiga terbesar dalam pengeluaran dan pengeksport zaitun di dunia.

Greece hanya diatasi oleh Sepanyol dan juga Itali. Selain itu, Greece merupakan negara di kedudukan pertama dalam pengeluaran buah zaitun hitam di dunia.

Lebih daripada 132 juta pokok zaitun ditanam di wilayah mereka. 

Dari segi kapasiti pengeluaran, sekitar 350,000 tan minyak zaitun dihasilkan setiap tahun.

Daripada jumlah tersebut, 82% pula tergolong dalam kategori extra virgin. 

Produk Terbaik Berasaskan Buah Zaitun

Bagi memastikan kesihatan anda terjaga dan mendapat manfaat yang terbaik daripada buah zaitun, anda patut dapatkan Olivie Power Up.‍

Sejarah Buah Zaitun

Ia adalah ekstrak dari buah, ranting dan daun zaitun direndam bersama minyak zaitun ‘extra virgin’ yang menggunakan teknologi Jepun untuk menghasilkan produk minyak zaitun berbentuk butiran pertama di Malaysia.

Kelebihan Olivie Power Up

@olivehouseselatan Replying to @A ini sebab kenapa Olivie Power Up sangat power!😋 @KMJ GLOBAL SDN BHD #oliveoil #hydroxytyrosol #olivehouse #sarapanpagi ♬ Paris - Else

Banyak sebenarnya manfaat yang ada di dalam Olivie Power Up. Antaranya adalah:

  • Diimport dari El-Borouj, Morocco
  • Menggunakan teknik ‘Mechanically Constraint’ yang menghasilkan bentuk mutiara unik tanpa menghilangkan khasiat produk
  • Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Mendapat pengiktirafan Halal daripada Institut Halal Morocco yang diiktiraf JAKIM dan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU)
  • Mendapat pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Perlukan informasi lanjut mengenai buah zaitun? Klik button di bawah.

Blog