7.9.2023

Minyak Habbatus Sauda Untuk Kulit - Fakta, Kajian dan Produk

Betul berkesan ke minyak habbatus sauda untuk kulit? Kalau anda perasan, dalam kebanyakan produk berasaskan habbatus sauda, banyak yang mengatakan habbatus sauda mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Salah satunya adalah untuk kesihatan kulit. Cumanya, ada ke fakta atau kajian yang menyokong manfaat ini? Apa pula perincian dari segi kesihatan kulit tersebut?

Itulah apa yang akan kami kongsikan dalam artikel kali ini khas untuk anda. Jom baca!

Pengenalan Minyak Habbatus Sauda

Minyak Habbatus Sauda Untuk Kulit

Minyak habbatus sauda merupakan sejenis minyak yang diperbuat daripada biji jintan hitam atau bahasa saintifiknya Nigella sativa. Minyak ini telah digunakan sejak zaman purba sebagai ubat dan kosmetik oleh pelbagai tamadun dan agama. 

Lama sebenarnya sejarah minyak ini. Pada zaman Mesir Purba, ia sudah digunakan dan disebabkan oleh popularitinya pada waktu itu, ia telah dikenali sebagai “Secret of the Pharaohs”.

Ia digunakan untuk merawat penyakit dan masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, keradangan kulit seperti ruam dan gigitan serangga atau haiwan. Keberkesanan minyak habbatus sauda untuk kulit ini juga diakui oleh tamadun Yunani purba.

Ia juga turut dijumpai di dalam makam Tutankhamen. Dalam kawasan Mediterranean dan Asia, ia telah digunakan sejak dari 3000 tahun dahulu lagi untuk pelbagai jenis kegunaan.

Khasiat Minyak Habbatus Sauda Untuk Kulit

Minyak habbatus sauda untuk kulit mempunyai banyak khasiat dan manfaat, antaranya:

a. Melegakan jerawat

Minyak habbatus sauda untuk kulit dapat mengurangkan keradangan, merangsang penyembuhan, dan melawan jangkitan yang menyebabkan jerawat. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Journal of Dermatology and Dermatologic Surgery, menyapu minyak habbatus sauda pada kulit mampu membantu mengurangkan jerawat dalam masa lapan minggu.

b. Merawat ekzema

Minyak habbatus sauda untuk kulit dapat membantu merawat ekzema, sejenis penyakit kulit yang menyebabkan gatal, kemerahan, dan kulit kering. Menurut sebuah kajian yang melibatkan 20 pesakit ekzema di tangan, menyapu minyak habbatus sauda pada kulit dua kali sehari selama empat minggu dapat mengurangkan gejala ekzema dengan ketara.

c. Menjaga kelembapan kulit 

Minyak habbatus sauda untuk kulit dapat melembapkan kulit kering dengan menyediakan asid lemak esensial yang diperlukan oleh kulit. Minyak ini juga dapat membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit yang dapat menghalang kehilangan air dan menjaga keanjalan kulit.

d. Mencerahkan kulit

Minyak habbatus sauda untuk kulit dapat mencerahkan kulit dengan mengurangkan penghasilan melanin, sejenis pigmen yang memberi warna pada kulit. Minyak ini juga dapat menghapuskan sel-sel kulit mati dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit baru yang lebih cerah.

e. Menghaluskan rambut

Minyak habbatus sauda untuk kulit juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering, rosak, dan bercabang. Minyak ini dapat melembapkan rambut dengan menyediakan asid lemak esensial yang diperlukan oleh rambut. 

Minyak ini juga dapat melindungi rambut daripada kerosakan akibat sinar UV, pencemaran, dan bahan kimia.

Cara Penggunaan Minyak Habbatus Sauda Untuk Kulit

Minyak habbatus sauda untuk kulit boleh digunakan dengan cara menyapu secara terus pada kulit atau rambut yang bermasalah. 

Dos yang disarankan adalah beberapa titis dua kali sehari sebelum atau selepas mandi. Minyak ini juga boleh dicampur dengan madu, yogurt, atau minyak lain seperti minyak kelapa atau minyak zaitun untuk dijadikan masker atau conditioner

Walau bagaimanapun, minyak habbatus sauda untuk kulit tidak sesuai untuk individu yang alah kepada jintan hitam, ibu hamil atau menyusu, kanak-kanak di bawah 2 tahun atau orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu seperti warfarin, metformin atau insulin. 

Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau alahan, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan minyak habbatus sauda untuk kulit.

Produk Habbatus Sauda Terbaik

Kami di Olive House turut menawarkan produk berasaskan minyak habbatus sauda kepada umum. 

Produk ini dihasilkan dengan menggunakan proses “Mechanical Cold-Pressed”. Teknologi proses ini sangat diperlukan bagi memastikan khasiat dan manfaat daripada nutrien yang ada di dalam produk ini kekal pada tahap paling efisien.

Minyak Habatus Sauda Olive House ini memiliki rasa yang unik tanpa memeritkan tekak. Sebab itulah kami menerima banyak testimoni positif daripada pelanggan-pelanggan kami.

Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.

Blog