7.9.2023

Minyak Hababtus Sauda Untuk Rambut

“Apa bukti yang menyokong manfaat minyak habbatus sauda untuk rambut?”

Itulah apa yang akan kami kongsikan dalam artikel kali ini.

Khas untuk anda, kami akan sertakan beberapa kajian yang menyokong manfaat minyak habbatus sauda untuk rambut. Jom baca!

Minyak Habbatus Sauda

Habbatus Sauda ni sebenarnya ada banyak sangat nama. Ada yang panggilnya sebagai Nigella Sativa.

Nama lain minyak habbatus sauda adalah:

  • Black seed
  • Black cumin
  • Black caraway
  • Nigella

Dari segi geografi, lokasi yang paling banyak ditemukan habbatus sauda adalah di Asia Barat, Afrika Utara dan juga Barat Timur.

Ia biasanya banyak digunakan dalam masakan dan juga perubatan sejak berkurun lamanya.

Minyak Habbatus Sauda Untuk Rambut

Bahan utama yang menjadikan ia baik untuk rambut adalah thymoquinone.

Ia mempunyai sifat anti oksidan yang mampu mengurankan keradangan.

Berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2016, minyak habbatus sauda sangat ideal untuk digunakan di dalam perubatan dan kosmetik.

Kajian menunjukkan bahawa di dalam minyak habbatus sauda terkandung ciri-ciri berikut:

  • Anti-bakteria
  • Anti-fungal
  • Anti-radang
  • Anti-oksidan

Manfaat minyak habbatus sauda untuk rambut ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan tadi yang membantu dalam menjaga kesihatan kulit kepala.

Antara masalah yang boleh diatasi dengan minyak habbatus sauda adalah masalah kelemumur.

Minyak habbatus sauda akan membantu kulit kepala kekal lembab. Namun, belum ada cukup kajian untuk menyokong dakwaan ini secara 100%.

Apa yang ada hanyalah hasil testimoni yang dikongsikan oleh mereka yang mengamalkan minyak habbatus sauda ini dalam diet harian mereka sahaja.

Namun, ramai pengkaji tidak menolak bahawa ia mampu membantu dalam melembabkan kulit kepala disebabkan oleh kandungannya yang kaya dengan asid amino.

Minyak Habbatus Sauda Untuk Rambut Gugur

Untuk masalah rambut gugur pula, ada beberapa kajian yang menyokongnya.

Kajian pada tahun 2014 mengatakan bahawa campuran minyak kelapa dan minyak habbatus sauda sangat efektif untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

Sebuah lagi kajian pada tahun 2017 pula menunjukan hasil kajian yang sangat memberangsangkan di mana penggunaan minyak habbatus sauda menunjukkan pengurangan rambut gugur sebanyak 78 peratus.

Telogen Effluvium 

Telogen effluvium adalah keadaan yang menunjukkan fasa sementara keguruan dan penipisan rambut.

Sebuah kajian pada tahun 2013 terhadap 20 orang wanita dengan keadaan ini menunjukan kesan yang positif apabila dirawat dengan losyen yang mengandungi 0.5% habbatus sauda.

Namun, disebabkan oleh sampel data yang kecil, kajian yang lebih besar diperlukan bagi mendapatkan sampel data yang lebih besar.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, banyak kajian yang menunjukkan bahawa ada banyak manfaat minyak habbatus sauda untuk rambut sekalipun belum banyak kajian yang dilakukan.

Apapun, manfaat lain yang ada pada minyak habbatus sauda pastinya akan menjadikan ia sebagai suplemen kesihatan terbaik untuk anda.

Kami ada kongsikan dalam artikel yang berbeza mengenai manfaat minyak habbatus sauda ini.

Anda boleh klik button di bawah untuk bacaan lanjut.

Blog